home contents follow me twitter insta
12 Bahan Berbahaya Dalam Produk Kecantikan
Saturday, May 25.


Assalammualaikum~ Annyeong~ Hello~

Tadi saje gatal tangan ber'blogwalking' tetiba terjumpa info macam tajuk entry kat atas tu. Baru aku tahu~~ Hua hua hua. Ni meh sini nak share !

1) Urea
Contoh : diazolindyl urea, imidazolindyl urea
-Sekali baca teringat macam something wrong pula , hehe . Ok , sebenarnya urea ni adalah pengawet yg juga dikenali sebagai carcinogen boleh menyebabkan kita pening kepala , dermatitis dan pendarahan dalaman .

2)Parabens
Contoh : butylparaben, ethylparaben, isobutylparaben, methylparaben, propylparaben
-Haa , ni agak terkenal di kalangan pembaca . Ia selalunya akan mengakibatkan KANSER PAYUDARA .

3)Phthalates
Contoh : di-butyl-phthalate, di-ethylhexyl-phthalate
-Selalu digunakan dalam produk kecantikan kulit , kosmetik , pengilat kuku , produk rambut dan deodoran . Memberi kesan kepada hati , buah pinggang , paru-paru dan sistem reproduktif . Ia juga suspek utama kesan kepada anak yang dilhirkan cacat dan meningkatkan kesan kanser payudara .

4)Mineral Oil / Minyak Mineral
Contoh : mineral oil , liquid paraffin , petroleum
-Ia adalah bahan berasaskan petroleum yg menggangu aktiviti semulajadi kulit kita dengan menyebabkan lubang pori tersumbat , membesarkan lagi jerawat  dan dicemari carcinogen yang mempunyai kaitan dengan kanser payudara .

5)Propylene Glycol and Polyethylene Glycol (PEG)
 -Akan memberki kesan kepada buah pinggang hati dan hotak kita :p

6) Sodium Laurel/Laureth Sulfate
-Kerapkali digunakan dalam ejen untuk berbuih dan terkenal dalam menyebabkan gatal-gatal kulit .  Bahan ini selalu menyamar dalam produk yang kononya "natural/semulajadi" dan ditulis sebagai "derived from coconuts/diperoleh daripada kelapa" .Jangan tertipu !
-Ia akan mengakibatkan merengsa kepada mata dan menghasilkan carcinogen yg menyebabkan kanser payudara  .


7)Diethanolamine (DEA) and Triethanolamine (TEA)
 -Akan memberi kesan kepada hati , perut , pundi kencing dan kanser esophagus .


8) Formaldehyde
-Kerapkali dijumpai dalam produk untuk kuku , ia selalu akan menyebabkan carcinogen , alergi dan merengsa kulit.

9)Synthetic Fragrances
-Walaupun perkataan ringkas seperti "fragrance" atau "parfum" , ia sebenarnya terdiri daripada banyak bahan-bahan yang kebanyakan daripada phthalates . Ia adalah penyebab kepada penyakit asma dan pencetus penyakit asma .


10)Synthetic Colors
Contoh: FD&C Yellow 5, D&C Red 40
-Selalunya dilabel sebagai FD&C atau D&C dan selepas itu disertakan dengan kod warnanya . Ia akan menyebabkan kulit kita menjadi sensitif  dan iritasi . Dipercayai juga boleh menyebabkan carcinogenic .

11) Talc /Talkum
-Memang mengejutkan ! Ia adalah bahan utama dalam bedak bayi . BEDAK BAYI tau tak! Toksik daripada talkum akan  menyebabkan tumor tumbuh pada ovari dan paru-paru .

12)Hydroquinone
-Bahan yang pernah satu ketika dulu gempar di Malaysia kerana banyak bahan-bahan yang berjenama disita oleh pihak berkuasa . Jaga-jaga bahan berjenama pun bukan boleh percaya !

credit : Cookie Krunch


« Older // Newer »
© 2014 ZIEZI EZWANIE ZAINOL AFANDI. Created by Amar Khatamy. All rights reserved.