home contents follow me twitter insta
#Imagine (Random) BIGBANG Part 1
Sunday, December 8.


cr (twitter) : @fan_macros

"OMG OMG OMG OMG!!!" jerit kau sorang sorang dalam bilik kau sambil penyek penyekkan teddy bear kau. "Mr B, tau tak esok saya ada date? OMG OMG OMG!!" kau bercakap dengan teddy bear kau pulak. habis penyek hidung comel teddy tu kau picit picit. kau bangun dari katil, kau bukak alamari Victoria purple kau. kau keluarkan satu demi satu baju kau dan acukan kat badan. tapi satu pun kau tak berkenan. kau tak puas hati, kau dail number kawan baik kau, Seungri, suruh dia datang rumah kau. bila kau pandang balik dekat timbunan kain yang kau dah buat, kau mengeluh. "haishh.. nak pakai baju apa ni?"

"so,macam tulah ceritanya.." kau pandang dekat kawan kau yang dah dengar cerita kau. dari A sampai Z. dari 0 sampai infinity. "so,kau nak kita pergi shopping lah ni? kan?" kata Seungri sambil sandar dekat dinding bilik kau. kau pun tersengih "hehehe kau ni memang pandai la Seungri! tak sia sia aku panggil kau!" Seungri buat muka derp and kata, "aku kenal kau dari kecik lagi ____(your name)oii.. macam mana aku boleh tak tau apa dalam fikiran kau tu.." thanks Riri!!" "oioi! berapa kali aku kena cakap? kalau ye pun nama aku panjang, panggil Seung je! jangan panggil Riri!" "yelah Riri~" oleh sebab geram dengan kau, Seungri kejar kau keliling rumah! 

the next day..

kau call Seungri untuk kali terakhir sebelum pergi date kau tu. kau pun tunggu kat satu cafe yang sangat famous kat Korea tu. lelaki yang kau nak date tu adalah kawan lama kau dekat elementary school. lelaki tu jugak adalah sorang budak yang feymes gile kat sekolah lama kau tu. orang panggil dia T.O.P sebab dia memang sentiasa top kat sekolah tu. tiba tiba ada sorang mamat yang gila hensem ni duduk depan kau. pakai spek mata hitam jenama GUCCI,berkot jenama Dorothy Perkins (yang buat kau agak terkejut sebab warna dia ada pink pink sikit), mafela dia berwarna purple dan sebijik macam mafela kau! dalam terkejut kau tu,kau tetap tegur dia. "hello,awak T.O.P kan?" lelaki tu turunkan sikit cermin mata hitam dia. "nope."
kau terkejut gila!muka kau dah macam ayam berak kapur! kalau dia bukan TOP,kenapa dia duduk depan kau?

lelaki tu dengan selambanya panggil waiter untuk order White Caramel Coffee yang memang terkenal kat kedai tu. kau beranikan diri untuk tanya lelaki tu, "ermm,awak ni siapa ye? saya kenal awak?" lelaki tu hirup kopi dia yang dah sampai. "comel mafela kau." selamba je lelaki tu jawab. kau pandang mafela kau yang sama dengan mafela lelaki tu. "nama awak ni siapa?? saya kenal awak ke?" lelaki tu lepaskan hembusan nafas dia dengan kasar. "aku GDragon. lelaki yang kau dah tumpahkan teh panas dekat baju dia kat cafe ni 2 hari lepas,hari Isnin,pukul 2106.dah ingat?" penjelasan panjang lebar dia yang teliti tu buat kau ternganga. tak mungkin kau boleh lupa pasal kejadian dekat cafe tu dan di tempat duduk yang sama pulak tu! masa kau keluar jalan jalan dengan Seungri,kau dah buat satu masalah besar! 

tiba tiba ada sorang lelaki masuk dan kau sure gila yang tu adalah TOP. lelaki yang ajak kau date kat cafe ni. orang yang sepatutnya kau jumpa.kau terus lari pada dia dan tanpa segan silu pegang tangan TOP. setelah kau cerita dengan ringkas dekat TOP cerita tentang GD, TOP terus duduk depan GD. "kau GDragon kan?" TOP start cakap dengan GD. kali ni GD bukak spek hitam dia tu dan bagi renungan yang paling tajam yang pernah kau tengok dekat TOP. "aku GDragon. kenapa?"

Part 2 : http://ziezimello.blogspot.com/2013/12/imagine-random-bigbang-part-2.html


« Older // Newer »
© 2014 ZIEZI EZWANIE ZAINOL AFANDI. Created by Amar Khatamy. All rights reserved.