home contents follow me twitter insta
#Imagine (Random) BIGBANG Part 2
Sunday, December 8.


cr (twitter) : fan_macros

"aku GDragon.kenapa?" balas GD dengan angkuh. TOP tiba tiba gelak. kau yang tak paham dengan maksud ketawa dia tu,tak berani la pulak nak tanya kenapa. GD pula cuma buat muka poyo dia. dalam ketegangan suasana tu,ada lagi sorang lelaki yang berambut 'mohawk' masuk kedalam cafe tu sambil berlari anak. lelaki tu handsome jugak, boleh tahan. tapi dia sangat berbeza dengan TOP apatah lagi GD yang poyo tu! muka lelaki yang baru datang tu sangat manis. lelaki tu memang pemurah dengan senyuman. muka dia bertambah comel bila dia senyum dan nampak eyesmile dia tu. "yaa!! TOP-hyung! maaf saya lambat! tadi saya jumpa dengan my unnie kejap!" jelas lelaki tu pada TOP jelas muka dia penuh dengan rasa bersalah. oh,rupanya dia ni kawan TOP... "boleh tahan jugak dia ni!" fikir kau dalam hati. 

tiba tiba lelaki yang kau asyik puji tu tegur kau. "erm, hai.. my name's Taeyang. awak ni mesti ____(your name) kan? saya ni jiran TOP a.k.a BFF dia." jelas Taeyang panjang lebar kepada kau sambil tersenyum dan menunjukkan 'eyesmile' dia tu. "hai. nice to meet ya'!" balas kau sambil tersenyum. kau nak jawab dengan lebih panjang,tapi lidah kau masih kelu dengan ke'handsome'an dia tu. kau juga ada 'eyesmile' tapi tidaklah sesepet Taeyang. apabila kau pandang kearah meja semula, TOP dan GD sudah menghilang. "aikk?mana dorang pergi?" soal kau kepada Taeyang. Taeyang senyum lagi. "dorang pergi bayar kopi dorang. tuu" balasnya sambil menunjuk kearah kaunter.

yang buat kau makin pelik, tiba tiba dorang berdua jadi mesra pulak. siap berpeluk peluk bahu lagi. kau pun tanya dekat TOP "oppa,oppa kenal GD ke?" "ohh,kami satu universiti tahun lepas.." balas TOP dengan nada biasa je. "hah? satu U? kenapa Taeyang tak cakap pun?" balas kau sambil pandang Taeyang. Taeyang cuma angkat bahu dan balas, "awak tak tanya. saya ingat awak dah tahu." kau mengeluh berat.bila kau pandang GD, dia pandang kau dengan renungan yang tajam balik. "so? selesai?" "belum. belum selesai selagi aku tak bagi kau ni." GD seluk something dalam poket dia dan keluarkan bekas cincin. tapi bila dia buka, tak ada cincin pun dalam tu. makin buat kau pelik, dia melutut dan seluk lagi satu poket baju dia dan kata, "be mine?" tanpa kau sempat kata apa apa,GD dah sarungkan cincin kat jari kau.

kau pandang TOP yang jelas terkejut dengan tindakan GD. dia pandang kau,kemudian TOP pandang Taeyang dan angguk. lepas Taeyang nampak TOP angguk pada dia, Taeyang pun tepuk tangan sekali. tiba tiba ada flower boy datang dan bagi bunga pada Taeyang. manakala Taeyang melutut kemudian serahkan bunga pada kau. kau terkejut dalam pada masa yang sama gembira sangat sebab Taeyang bagi bunga pada kau.dalam jambangan bunga tu ada bekas cincin yang sangat comel. Taeyang pun buka dan kata, "choose me or him." bila kau pandang TOP, dia tersenyum dan jelaskan keadaan. "sebenarnya yang selalu sms awak adalah Taeyang. dia guna nama saya sebab takut awak taknak terima dia.lagipun Taeyang ni pemalu orangnya. hehehe" kau pandang GD yang berbisik, "aku jatuh cinta kat kau sejak hari pertama kita jumpa, sayang." bila kau pandang Taeyang pula,dia asyik bercakap sambil tunduk, "mungkin awak tak tau, tapi saya selalu perhatikan awak sejak di sekolah lagi." kau buntu untuk pilih siapa...


P/s : kalau aku , aku tetap nak TOP. No GD, No Taeyang. Nak TOP. HAHAHA


Part 1 : 
http://ziezimello.blogspot.com/2013/12/imagine-random-bigbang-part-1.html


« Older // Newer »
© 2014 ZIEZI EZWANIE ZAINOL AFANDI. Created by Amar Khatamy. All rights reserved.