home contents follow me twitter insta
life updates
Thursday, January 5.


Assalamualaikum

To be honest, aku tak sangka pulak nak buka blog ni balik. Last time aku bukak pun time form 4 dulu. Dah lama sebenarnya nak update balik but procrastination wins. Banyak benda yang berlaku since 2014 tu. One of them, sekarang aku dah masuk UIA. Aku rasa aku sendiri pun dah banyak berubah. Aku tak pernah jangka pun aku akan suka duduk uni, which explains why before this aku bukan budak asrama. Aku dapat course engineering, and memang course ni pun first choice aku untuk UIA. For now, aku rasa okay lagi kot. Sekarang pun aku baru habis second sem, so tinggal lagi satu sem je untuk foundation. At first, aku rasa tak happy pun sebab takde sorang kawan sekolah aku pun yang dapat uia. Ni semua sebab diorang memang nak elak uia so takde pun option uia dalam upu tu hahahaha. Aku je pergi letak uia banyak-banyak, kan dah mendapat.

Mula-mula tu kan, aku takut betul kalau takde kawan kat sana. Tapi tu semua sekejap je. Rupa-rupanya dari roommates sampaikan ke classmates semuanya baik je. Roommates aku takde sorang pun sama course macam aku. Antara kitorang memang bergantung antara satu sama lain. Pergi makan sama-sama, turun isi air sama-sama, kalau ada yang sakit tolong pergi hantar klinik pun ada. Sayang betul aku dengan diorang. Kalau kitorang rasa macam dah fed up nak buat kerja, kitorang mesti berkumpul lepastu cakap benda nonsense, tak penting sampai lewat malam. Kalau nampak macam sorang tu sedih, kitorang to cheer her up no matter what. Lawak bodoh semua keluar. Sekarang students engineering semua dah kena pindah gambang, so aku dah tak boleh nak spend time dengan diorang. Sedih memang sedih bila fikir diorang yang ada time aku sedih ke happy ke homesick sekalipun. But still, nanti kitorang akan jumpa balik dekat gombak, insha Allah.

Meanwhile, semua classmates aku memang course engineering, so diorang semua pun pergi gambang jugak nanti. Entah la macam mana surrounding kat sana. Harap-harap aku dapat adapt nanti, tu je aku nak.

Anyway, life has been good lately alhamdulillah.

bye pj.


« Older // Newer »
© 2014 ZIEZI EZWANIE ZAINOL AFANDI. Created by Amar Khatamy. All rights reserved.